Kereta Sewa Airport KB | Latar Belakang Airport Kota Bharu

Kali ni Kereta Sewa Airport KB nak berkongsi cerita dengan para pembaca mengenai latar belakang Airport Kota Bharu ini.

Tak kenal maka tak cinta. Jadi kita berkenal kenalan la dulu yer.

Airport Kota Bharu dikenali Sebagai Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terletak di Pengkalan Chepa, 10-15minit ke Bandar Kota Bharu.
Dikendalikan sepenuhnya oleh Malaysia Airports Holdings Berhad, jangan tak tahu bukan semua lapangan terbang di Malaysia dikendalikan oleh MAHB contohnya Kuantan dan Senai.

Panjang landasan (runway) adalah sepanjang 2400 meter dan dipanggil sebagai Runway 10 & Runway 28. Dengar beritanya bajet untuk memanjangkan landasan ini telah dululuskan dan menunggu masa untuk projek dimulakan. Kalau landasan di panjangkan, maka penerbangan jenis 'heavy aircraft' seperti Boeing 747, 777, Airbus 340 mampu mendarat di Airport KB atau lebih dikenali sebagai WMKC dikalangan pekerja yang terlibat dalam industri penerbangan.

Airport KB ini beroperasi dari jam 6pagi sehingga 12tengah malam sahaja. Jika ada penerbangan yang 'delay' disebabkan oleh faktor cuaca, trafik atau kerosakan pesawat, airport ini akan terus beroperasi sehinggalah kapal terbang yang terakhir selesai mendarat atau berlepas.

Haa dah tahu serba sedikit kan mengenai Airport Kota Bharu ni. Jika anda memerlukan kereta sewa di Airport KB, terus sahaja hubungi kami di talian 019-794 4747 @ 1300884040.



Kereta Sewa Airport Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kota Bharu. 

Comments

Popular posts from this blog

KLEZCAR KERETA SEWA AIRPORT KB PENGKALAN CHEPA, ... SYARIKAT KERETA SEWA TERBAIK DI KB, KELANTAN

Kereta Sewa Airport KB | Jaminan Kami Kepada Anda